TPM mahu 1Malaysia difahami
1:11 AM
![]() |
Muhyiddin Yassin bersalaman dengan sebahagian daripada Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang menghadiri taklimat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.TPM mahu 1Malaysia difahami |
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Pada Selasa lalu, Muhyiddin berkata, langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1Malaysia memang wajar dilakukan bagi memastikan rakyat memahaminya secara terperinci. Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan. Menurut Ahmad, ketika dialog itu, ketua penerangan empat peringkat berkenaan turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan parti untuk mewujudkan hubungan perpaduan dengan Pas. Pada majlis sama, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyampaikan taklimat selama sejam mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan. “Ini adalah kali pertama pada tahun ini semua ketua penerangan bahagian dikumpulkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan dan ia sebagai susulan kepada program sama yang diadakan di 13 negeri sebelum ini. “Kita akan mengadakan majlis taklimat di peringkat kebangsaan ini secara lebih kerap setiap empat bulan,” katanya.
