Felda kaji tindakan terhadap peguam sebabkan kes kalah

Felda kaji tindakan terhadap peguam sebabkan kes kalah

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman yang terbabit dengan kes tuntutan 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda kini sedang mengkaji dan meneliti apakah tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes itu.

"Ketidakhadiran peguam atas sebab teknikal tersebut amat dikesali dan telah mencemarkan nama baik Felda,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan rayuan Felda terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Januari 2008.

Dengan keputusan itu, Felda akan menyerahkan wang penghakiman berjumlah RM11 juta (termasuk faedah) seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Ahmad berkata, kekhuatiran pihak Felda ialah kes ini telah disalah tafsir oleh pihak peneroka dan menyebabkan dua kes lain atas tuduhan yang sama tentang perahan minyak sawit telah difailkan oleh peneroka Felda Maokil, Pagoh dan Felda Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan.

"Ingin ditegaskan bahawa keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata, segala urusan adalah telus dan resit jual beli diberikan kepada setiap peneroka yang menjual sawit kepada Kilang Felda.

"Jika mereka tidak bersetuju terhadap kenyataan pada resit itu, perlulah segera menyatakannya pada kilang Felda dan bukan mengumpulkan tuduhan kononnya ada penyelewengan dalam satu jangka masa yang panjang,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:47 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Felda kaji tindakan terhadap peguam sebabkan kes kalah

  1. Datuk, please ensure did not make any mistake. Choose good and energetic and brainy lawyer rather than this laywer whose know this lawyer might be gunting dlm lipatan, sengaja atau di"sogok" agar nampak sangatlah FELDA ini teruk dan menjadi umpan untuk pembangkang.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]