SALAM RAMADHAN.. SALAM KEMERDEKAAN
2:05 AM
Salam Ramadhan...Antara hikmah terbesar Ramadhan ialah agar kita menyedari kesukaran hidup fakir, miskin, OKU, ibu tunggal, yatim, piatu, yg melarat.. Mereka kadang2 tidak pernah merasai kesenangan hidup, makan ala kadar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Namun ramai kita apabila berbuka begitu mewah, membeli segalanya ikut nafsu & kemudian membazir makanan minuman.. Bagaimana fadilat kelebihan Ramadhan itu dapat kita rasakan? Bila hampir Raya pula ramai yg berbelanja sakan, tukar itu & ini, segalanya jika boleh baru belaka.. Terfikirkah bahawa sebulan latihan tarbiyah Ramadhan itu patutnya mengajar kita hidup sederhana? Bila kita berpuasa, jgn lupa juga ada saudara sesama Islam berpuasa di Palestin, Afghanistan, Iraq yg tidak sebebas semerdeka kita di negara tercinta ini.. Sama2lah direnung agar hikmah Ramadhan & Syawal itu tidak dipersia.. salam
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 2:05 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0