1MALAYSIA - Menjana Transformasi-

Pelbagai pihak menyatakan yang Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu-isu perkauman. Sebatang pokok boleh dijadikan seribu batang mancis tetapi sebatang mancis yang dinyalakan boleh memusnahkan seribu batang pokok, kita perlu menghentikan mereka yang sengaja bermain dengan api. Malaysia adalah sebuah negara yang sukar ditadbir jika api perkauman dan agama semakin mula membara. Semua pihak perlu menghentikannya. Dalam pada itu sempena cuti Raya ini, ada cadangan agar orang Cina & India menjaga keselamatan jiran-jiran Melayu mereka yang pulang ke kampung. Bila cuti Raya Cina atau Depavali pula, orang Melayu menjaga keselamatan rumah jiran Cina & India mereka. Inilah uniknya Malaysia. Kepelbagaian adalah kekuatan, bukan kelemahan. Dan kita harapkan ianya berterusan..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:58 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 1MALAYSIA - Menjana Transformasi-

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]