MCPF harap Ismail jalan tugas secara adil, berwibawa
2:04 AM
MCPF harap Ismail jalan tugas secara adil, berwibawa
2010/09/02
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan parti politik tempatan meletakkan harapan tinggi kepada Tan Sri Ismail Omar untuk melaksanakan tugas dengan adil dan menampilkan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa dibayangi Ketua Polis Negara terdahulu.
Malah, mereka berpandangan bahawa antara cabaran yang perlu ditangani kepimpinan baru PDRM adalah mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan semangat, profesionalisme dan integriti anggota polis.
Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerjasama berpasukan yang mampu menghasilkan kerja berkualiti juga perlu diberi keutamaan untuk manfaat rakyat dan negara. Saya yakin beliau (Ismail) dapat memimpin PDRM ke tahap lebih profesional dan integriti tinggi,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara yang akan tamat 12 September ini tidak disambung dan diganti Ismail yang ketika ini Timbalan Ketua Polis Negara.
Sepanjang perkhidmatannya, Musa berdepan dengan beberapa isu, termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1998 di mana ketika itu beliau adalah pegawai penyiasat kes.
Beberapa perhimpunan haram dan demonstrasi yang diterajui Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2008 dan tahun lalu turut menarik perhatian ketika PDRM dipimpin Musa.
Baru-baru ini pula, Musa berdepan tuduhan Anwar mengenai kerjasama polis dengan perisik Israel, selain insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis ketika melarikan diri dalam sekatan jalan raya di Shah Alam pada Mei lalu.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata tiga aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah mewujudkan persepsi dan realiti bahawa Malaysia adalah negara selamat, kerjasama semua agensi penguat kuasa untuk membentuk situasi selamat secara menyeluruh dan membabitkan rakyat dalam menangani jenayah dalam komuniti.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 2:04 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0