50 sertai masak bubur lambuk 1Malaysia
10:36 AM
KULAIJAYA 1 Sept. - Lebih 50 peserta dari tujuh surau dan masjid di sekitar Senai dan Kulaijaya menyertai pertandingan memasak bubur lambuk 1Malaysia, rendang dan membakar lemang di pekarangan Pasar Raya IOI, di sini semalam.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu anjuran bersama Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (JPMM DUN) Bukit Permai, Alumni Belia 4B Kulaijaya dan pasar raya itu.
Acara yang ditaja oleh Petronas, Adabi dan Beras Faiza Sdn. Bhd. itu turut disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dalam suasana santai.
Pelancaran pertandingan tersebut disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Turut hadir ADUN Bukit Permai, Kamaruzaman Ali dan Pengerusi Alumni 4B Johor, Hamsan Omar.
Bubur lambuk, rendang dan lemang yang siap dimasak itu diberikan dalam bekas plastik kepada orang ramai sambil mengutip sumbangan ikhlas untuk membantu anak yatim yang dijemput.
Pada majlis itu, seramai 30 orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim di sekitar daerah ini menerima sumbangan hamper.
Kamaruzaman berharap program tersebut akan menjadi acara tahunan dan melibatkan lebih ramai penyertaan selain meminta pihak penganjur mempelbagaikan juadah.
"Dicadangkan pada tahun depan diadakan pertandingan nasi himpit 1Malaysia dan rendang bagi mencari kelainan. Tidak ramai yang sedar terdapat pelbagai jenis rendang di negara ini contohnya rendang Johor, Negeri Sembilan dan Melaka," katanya.
Selain itu, bubur tradisi masyarakat India dan Cina juga perlu diperkenalkan dalam pertandingan itu supaya kaum lain dapat merasai keenakan dan keunikannya, katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 10:36 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0