Hentikan sebar SMS boleh cetus api perkauman


Hentikan sebar SMS boleh cetus api perkauman

HM - Sep 15, 2010
KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa bekerjasama dengan polis supaya menghentikan penyebaran SMS yang boleh mencetuskan api perkauman berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jenayah tidak mengenal kaum, agama dan warna kulit. Beliau berkata, bagi penjenayah, mereka bermotifkan wang, harta, kekayaan, tamak haloba, dendam dan marah demi mendapat keuntungan, menipu, menganiaya, memeras, melepaskan geram tanpa mengira warna kulit, agama dan kaum mangsanya. "Oleh itu, janganlah gadaikan keamanan dan keharmonian hidup negara ini dengan penyebaran SMS seumpamanya kerana jenayah buta warna atau `clour blind' dan penjenayah adalah mereka yang jahat dan tidak tertentu kepada sesuatu kaum. "Sejarah kes jenayah kejam di negara ini turut membabitkan pelbagai kaum, pelbagai agama. Jenayah kejam berlaku di semua tempat, semua negara di dunia," katanya menerusi SMS, semalam. Ahmad berkata, penjenayah melanggar ajaran agama yang mengharamkan segala bentuk kezaliman dan melanggar keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang cintakan keamanan. "Penjenayah melanggar batasan perikemanusiaan dan bersifat kebinatangan. Oleh itu, kacamata perkauman bukannya isu kepada penjenayah. "Kita maklum ada beberapa SMS kini disebarkan dengan kandungan berunsur perkauman berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga rakannya. "Kita minta hentikan SMS dan komen di laman sosial Facebook atau media maya seumpamanya kerana ia membawa kerugian, bukannya membawa apa-apa kebaikan. Malah, jenayah patut dicegah awal, bukan dibakar dengan api perkauman," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:43 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Hentikan sebar SMS boleh cetus api perkauman

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]