Tak sangka dipilih Tokoh Imam
4:02 AM
Tak sangka dipilih Tokoh Imam
HM - Aug 3, 2010
KUALA LUMPUR: "Syukur kepada Allah dan saya tidak pernah menyangka akan mendapat anugerah ini," kata Abdul Aziz Sharif, 75, yang menerima Anugerah Tokoh Imam 2010 di sini, semalam.
Abdul Aziz antara 10 peserta akhir yang menerima pengiktirafan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ketika berlangsungnya Seminar Pegawai Masjid Felda 2010, sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej umrah bagi suami isteri serta senaskah al-Quran.
"Selepas 12 tahun bertanggungjawab sebagai imam di Masjid Al Baraqah, ini kali pertama saya menerima anugerah seperti ini dan saya berasa sangat seronok.
"Mengenai pakej umrah, jika diizinkan Allah, saya dan isteri pasti tidak akan melepaskan peluang ini, biarpun kami pernah bersama-sama mengerjakan haji sebelum ini," kata pemenang tokoh imam yang berasal dari Felda Lubuk Merbau, Kedah itu.
Menurutnya, sebelum ini Masjid Al Baraqah pernah memenangi anugerah antaranya Anugerah Masjid Tercantik kategori Luar Bandar dan Anugerah Masjid Terbaik Felda.
Harapannya kepada generasi kedua Felda, Abdul Aziz berkata, mereka perlu bekerja keras untuk kebaikan sendiri kerana cabaran di masa depan lebih besar berbanding sekarang.
Seminar yang membabitkan hampir 1,000 pegawai mewakili 260 masjid di tanah rancangan Felda itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Maslan.
Pada majlis sama, Jamil Khir melancarkan Modul Masjid Felda yang digubal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai garis panduan kepada pihak pengurusan masjid di seluruh tanah rancangan Felda.
Mengulas mengenai segelintir imam yang taksub berpolitik, beliau turut menyetujui berlakunya perkara demikian.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 4:02 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0