Calon BN bagi Galas diumum selepas Perhimpunan Agung UMNO

Calon BN bagi Galas diumum selepas Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Galas di Kelantan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual minggu depan, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, beliau berkata, persoalan mengenai soal calon itu tidak dibincangkan semasa pertemuannya dengan Najib di Parlimen, hari ini.

Mengenai kemungkinan beliau dicalonkan, Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, perkara itu tidak dibincangkan ataupun mengenai senarai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Semasa pertemuan itu, Najib yang juga Pengerusi BN menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan raya bagi DUN Galas.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:02 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Calon BN bagi Galas diumum selepas Perhimpunan Agung UMNO

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]