Gagasan 1Malaysia utama perpaduan

GAGASAN 1Malaysia adalah himpunan ilham dan cetusan idea pemimpin terdahulu yang bertunjangkan kepada perpaduan sebagai agenda utama, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, sesuai dengan konsep perpaduan yang diterapkan, kontrak sosial pula berperanan sebagai permuafakatan murni antara kaum yang sudah selesai sebagai tonggak perlembagaan. Apa yang termaktub dalam perlembagaan ini tidak boleh diubah walau senoktah tanpa mendapat perkenan dan persetujuan Majlis Raja-Raja walaupun diusahakan oleh sokongan dua pertiga majoriti ahli Dewan Rakyat. "Ucapan Presiden bertemakan ‘Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran’ itu juga dengan penuh semangat meminta semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya daripada cubaan ditawan pembangkang," katanya pada Perhimpunan Agung UMNO di sini, semalam. Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Razak. Ahmad Maslan berkata, usaha membina dan mengukuhkan Melayu abad ke-21 harus segera diteruskan supaya ia mampu tampil sebagai bangsa terbaik dalam pelbagai lapangan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:04 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 comments for Gagasan 1Malaysia utama perpaduan

  1. salam dato.gagasan 1malaysia pd sy amat baik x bagi tujuan pengujudan satu bangsa malaysia dlm satu kerangka masyarakat super majmuk di negara kita ini.xp dr sudut kepartian sy tidak fikir dia dpt memberi keuntungan kpd bn dan yg lebih parah lg umno yg merupakan teras kpd bn akan menanggong risiko ugutan2 yg tidak masok akal dr kompenen2 yg sentiasa menunggu peluang menuntut benda2 yg kita istilahkan tuntutan yg melampau.terutama mca dan gerakan.masaalahnya dato gagasan 1malaysia konsep dan matlamatnya hampir sama dgn konsep malaysian malaysia yg juga merupakan agenda pakatan pembangkang.cuma bezanya gagasan 1malaysia akan kita laksanakan dlm bentuk dan kerangka acuan kita sendiri yg sy fikir terlalu lurus bg mengujudkan bangsa malaysia yg benar2 berintergriti.sedangkan konsep malaysian malaysia pakatan nampak lebih liberal dan bermotifkan politik untuk setengah pihak.secara jujur sy nyatakan disini bg kaum cina dan india konsep malaysian msia lebih menguntungkan pd mereka.mcmnilah dato org ofer lebih sape xnak.tambahan pula pakatan juga disokong olih pkr dan pas.sebagai org melayu sy mewakili org kampong sy yg semuanya melayu ingin menyampaikan ucapan terima kasih kpd sah pimpinan umno kerana bertegas dlm soal hak dan kepentingan melayu dan bumiputra sebagaimana yg termaktub dlm perlembagaan msia 153.yakinlah dato org melayu atas pagar yg akan menjadi undi penentu bg mne2 pilihanraya akan bersama dgn umno semula.dan percayalah dato 99.9 peratus pengundi CINA sampai KIAMAT pun tidak akan mengundi BN.pd kami org2 kampong melayu hanya UMNO sj yg blh menjaga hak dan kepentingan melayu dan yg bathilnya dato sebenarnya hanya UMNO sj yg mampu menyatupadukan org melayu.sekali lg kami merayu kpd sah kepimpinan umno pikul amanah rakyat dgn rasa penoh keikhlasan dan tanggungjawap demi keharmonian anak cucu kita semua.akhir x sambutlah salam perjuangan dari kami org2 kampong melayu demi melayu dan islam nyawa dan darah kami pertaruhkan.TAKADA SEBAB LALU NAK KONGSI HARTA PESAKA NGAN ADIK BERADIK ANGKAT.bab dlm islam anak angkat mne bleh menerima harta pesaka.harap dpt dato faham maksud yg tersirat.wassallam.

  2. Datuk, saya amat berharap agar harga rumah 220k dikekalkan bagi mereka berpendapatan rm3k sebulan. Ini satu kaedah yg baik serta "penyelamat" bagi orang melayu untuk memiliki rumah. Andaikata 300k atau 350k dinaikkan maka peluang "org lain" menapak serta menambah bilangan disesuatu kawasan strategik akan bertambah saya merasakan ada yg tak kena kalau kita melaksanakan. Saya cuma berharap Datuk dpt memikirkan bagaimana caranya kerajaan untuk menambah rumah/apartment mampu dimiliki (contoh rm60k-650sq-3 bilik) dpt dibina dan dibeli bagi mereka bergaji bawah rm3k? Saya merasakan rakyat mampu membayar harga rumah sebulan bawah sekitar rm200 ke rm400 sebulan selama 15 tahun ke 20 tahun. Kalau kereta boleh bayar mustahil rumah tak boleh. Adakah pernah terfikir bahawa inilah masanya buat kerajaan menimbang pembinaan perumahan sebegini sekarang dikawasan yg penduduknya kurang kaum melayu agar nisbah hampir sama dgn kaum lain? Kalau di Pulau Pinang sekarang kawasan orang melayu telah dikurangkan dan dinaikan rumah mewah atas 300k yg 70% dimiliki dan dibeli org lain, maka orang melayu kini telah mengecil penempatan. Begitu juga di Perak serta Selangor dan KL. Rumah mewah naik bagaikan cendawan jika kita bijak patut dibekukan, keutamaan rumah/apartment bawah 300k patut dibina.

    Saya juga sokong Sg Buloh dinaiktaraf agar menjadi KL-2, kerana semua sedia maklum KL dah terlalu sesak bukan saja manusia malah kenderaan.

    Saya juga nak mohon agar Hosp KL 2 dpt dibangunkan disekitar Sg Besi/Cheras yg khusus bagi bg penyakit kronik terutama jantung, kanser etc kerana saya lihat IJN tidak dapat memenuhi permintaan dan terpaksa menunggu lama dan juga agar kesesakan diHKL dpt dikurangkan kepada wad wad surgikal, orthopeadik, sakit puan dan kanak2. Malah kes-kes kronik mungkin kerajaan boleh subsidi (bersyarat)30-50% biayaan pembedahan terutama jantung.

    Sekian terima kasih.

  3. ROMBAKAN UMNO: AHMAD MASLAN TERKELUAR?

    Semasa ucapan penutup PAU 24/10/10 Presiden Umno mengumumkan akan melakukan rombakan dalam Umno.

    Selangor Daily difahamkan rombakan akan dilakukan di peringkat pusat dan juga negeri.

    Bekemungkinan besar ianya akan dilakukan selepas prk Galas dan Batu Sapi.

    Berita yang sampai kepada kami mengatakan, antara yang bakal ditukarkan ialah Ketua Penerangan Umno Malaysia yang kini disandang oleh Datuk Ahmad Maslan.


    Read more »
    Posted by House PK at Monday, October 25, 2010

    KOMEN Dr.ZTM: BETUL KE TUK,U WILL BE OUT??

    Kami pun ingin tau

    Aduka Pendekar

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]