Bukti BN laksana pembangunan tak kira musim pilihan raya

Bukti BN laksana pembangunan tak kira musim pilihan raya

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) semalam menyenaraikan 14 projek mega bernilai lebih RM393 juta yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antara projek utama termasuk Hospital Gua Musang, Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi, Sekolah Menengah Integrasi dan terbaru projek perumahan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, 13 daripada projek terbabit sudah bukti BN bawa pembangunan tanpa mengira masa.

“Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM180 juta yang baru dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini untuk memenuhi keperluan perumahan demi keselesaan keluarga penduduk sekitar Gua Musang," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kementeriannya meluluskan peruntukan RM33 juta untuk kerja menaik taraf laluan antara Lojing-Gua Musang.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:54 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bukti BN laksana pembangunan tak kira musim pilihan raya

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]