Gabungan Wawasan Generasi Felda akan mohon jadi ahli Barisan Nasional

SHAH ALAM 21 Nov. - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang memohon untuk menjadi ahli Barisan Nasional (BN) selepas parti itu membuka keahliannya kepada semua pihak.
Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan pendekatan terbaru BN itu selaras dasar inklusifnya dengan membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya prinsip perjuangan parti tersebut.
''Kita akan tulis surat untuk kemukakan permohonan bagi menjadi sebahagian daripada keahlian BN," katanya selepas majlis pelancaran Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diterajui oleh GWGF yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di sini hari ini.
Menurutnya, pendekatan itu juga sejajar dengan perjuangan NGO selama ini yang berjuang untuk membantu kerajaan membangunkan negara terutama melibatkan sektor ekonomi.
Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam meluluskan pindaan perlembagaannya antara lain membuka penyertaan ahli bersekutu, ahli bergabung, Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN kepada mereka yang tidak menjadi ahli parti gabungan tersebut.
Najib berkata, pindaan itu penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN dengan membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya prinsip perjuangan parti itu.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO menyeru NGO merebut peluang menjadi ahli BN sebagai pendekatan terbaik untuk bersama-sama kerajaan mengukuhkan perpaduan dan kemajuan di negara ini.
Katanya, transformasi yang berlaku dalam BN itu memang dialu-alukan dan perlu disambut oleh semua pihak yang mencintai keharmonian terutama untuk kebajikan serta masa depan semua kaum di Malaysia.
''Sama ada GWGF atau NGO lain yang berminat, mereka dialu-alukan mengemukakan borang permohonan kerana Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat seramai yang boleh menyokong BN.
''Ini adalah satu transformasi politik yang menarik dan besar maknanya dalam senario di negara kita demi mengukuhkan BN," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:51 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Gabungan Wawasan Generasi Felda akan mohon jadi ahli Barisan Nasional

  1. http://helangbuana.blogspot.com/
    Mohon di link kan blog saya. tq

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]