Konvensyen BN ditangguh hormati kematian bekas KM

4,5 Disember tarikh baru perhimpunan parti komponen


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk menangguhkan konvensyen Barisan Nasional (BN) yang dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini kepada 4 hingga 5 Disember depan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataannya berkata, penangguhan yang dibuat Perdana Menteri adalah bagi menghormati kematian bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, yang meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah, malam kelmarin. Barisan Nasional amat prihatin dan turut berduka cita dengan kehilangan tokoh besar yang banyak melakar sumbangan terhadap perkembangan dan juga menjadi salah seorang antara pengasas BN dan merakamkan takziah kepada Toh Puan Goh Sing Yeng dan empat anak mereka atas kehilangan itu,” katanya.
Beliau berkata, penangguhan konvensyen itu membolehkan pemimpin dan anggota komponen BN mengambil peluang memberi penghormatan kepada mendiang yang banyak berjasa seperti memoden dan merealisasikan pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri selama 21 tahun bermula 1969.

Konvensyen BN akan mengumpulkan seramai 2,100 perwakilan yang dijangka membincangkan mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan esok turut ditangguh kepada 30 November ini atas alasan yang sama.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:14 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Konvensyen BN ditangguh hormati kematian bekas KM

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]