Ketandusan isu serang peribadi Ku Li

GUA MUSANG 30 Okt. – Barisan Nasional (BN) menyifatkan Pas ketandusan isu sehingga menyebabkan mereka menyerang keperibadian Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah walaupun telah berjanji untuk tidak berbuat demikian di sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindak tanduk parti tersebut boleh dinilai rakyat kerana janji berkenaan dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pas dan ia telah diketahui umum.

Beliau berkata, BN tidak ketandusan isu seperti mana Pas yang kelihatan amat terdesak bagi meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil itu.

“Mereka habis isu, maksudnya tak ada perkara hendak cakap maka dia bangkitkan hal rumah tangga dan peribadi orang. Disebabkan ketandusan isu maka mereka timbulkan isu Tengku Razaleigh.

“Kita tidak tandus isu, kami banyak benda hendak bercakap. Kita ada banyak projek hendak sebut, kalau hendak sebut hospital berapa banyak hospital yang kita telah buat sebab ketandusan isulah mereka memungkiri janji mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN di Bukit Chekati di sini hari ini. Turut hadir, calon BN, Ab. Aziz Yusoff.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:40 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ketandusan isu serang peribadi Ku Li

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]