Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

GUA MUSANG 31 Okt. - Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan ini biarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.

Pada masa yang sama, beliau mencabar kerajaan negeri menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat di kawasan itu.

"Saya ingin tanya apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, mereka (Pas) juga kerajaan, sudah 20 tahun perintah apa mereka buat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, projek-projek yang dilaksanakan itu jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan nasib rakyat di sini.

Katanya, usaha untuk membantu penduduk di sini akan hanya dapat diteruskan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada BN.

"Ini semua adalah usaha Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN serta kepimpinan UMNO yang lain untuk rakyat.

"Peruntukkan ini hanya untuk tempoh dua tahun sahaja, sebenarnya banyak lagi yang kita lakukan, ini merupakan sebahagian daripada itu," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:42 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]