Home / /

Formula galak belia berpolitik

KUALA LUMPUR: Langkah Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaan dan memberikan peluang kepada individu untuk menjadi ahli BN secara terus melalui ahli bersekutu, termasuk melalui penubuhan Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN mampu memperkasa dan mewujudkan iklim politik lebih terbuka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia juga menggalakkan lagi penyertaan rakyat khususnya belia dalam arena politik tanah air. Sementara itu, di SHAH ALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menjadi anggota gabungan BN supaya dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan peneroka.
Beliau berkata, Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN.

“Ketika pembangkang masih tercari-cari formula pembentukan parti gabungan dan pemimpin utama yang diterima oleh semua, BN melakukan satu pembaharuan politik berasaskan kefahaman mendalam terhadap realiti politik kontemporari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, antara faktor mengapa golongan muda tidak mahu terbabit dalam politik disebabkan tidak selesa menjadi ahli parti komponen yang umumnya berasaskan kaum, terutama bagi golongan lahir dari perkahwinan campur.

Beliau berkata, penubuhan Kelab Sahabat BN pula mampu menjadi landasan kepada penyokong BN yang tidak berminat menyertai politik secara langsung atau tidak dibenarkan menyertai politik atas sebab perundangan dan peraturan untuk terus berperanan membantu BN.
“Kelab Rakan Muda BN pula akan memberikan ruang penyertaan kepada belia yang belum layak mengundi tetapi ingin menghayati dan menyokong perjuangan BN dan ini penting bagi membolehkan belia dan BN berinteraksi,” katanya.

Beliau berkata, langkah diambil BN mampu memberikan kelebihan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang dan mampu membawa negara ke arah pembinaan iklim politik yang lebih terbuka, inklusif dan segar dan meningkatkan penyertaan rakyat terutamanya belia dalam proses politik negara.

Di SHAH ALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan turut mencadangkan supaya Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menjadi anggota gabungan BN supaya dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.

Katanya, Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN itu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:17 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]