Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah

Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Pelbagai masalah dalaman yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan bahawa parti tersebut sedang retak menanti belah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, malah kepercayaan ahli PKR semakin lama semakin pudar kerana terlalu banyak masalah melanda penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, berikutan itu, ramai ahli PKR yang keluar parti dan menyertai UMNO serta Barisan Nasional (BN) sejak kebelakangan ini.

''Kita dah banyak mendengar pendedahan yang dibuat oleh ahli serta pemimpin parti itu sendiri.

''Jadi saya rasakan rakyat sudah pandai menilai sejauh mana PKR memperjuangkan keadilan seperti yang dicanangkan sebelum ini sedangkan mereka kini merupakan sebuah parti yang kian rebah,'' katanya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin pula berpendapat, Anwar dan Azmin serta sekutunya yang lain sudah tidak mampu lagi menjadi penglipur lara kononnya mereka memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai kepincangan yang berlaku dalam PKR telah menunjukkan kegagalan dan kelemahan parti itu.

''Saya percaya selepas ini pasti akan muncul lagi desakan daripada kalangan ahli parti itu supaya Anwar serta anak emasnya, Azmin meninggalkan PKR kerana kepercayaan terhadap mereka semakin hilang,'' jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula berkata, para ahli serta penyokong PKR perlu berfikir semula mengenai masa depan serta perjuangan parti yang dilihat semakin goyah serta lari daripada matlamat asal.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia mengetahui cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi malangnya cita-cita itu menjadi angan-angan semata-mata apabila melihat kepada situasi dirinya dan juga parti.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:29 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah

  1. Salam dato. PKR dr sudut organisasi politik memang xdak kuat.tembelangnya dah pecah bab jumlah keahlian yg diwarwarkan selama ini adalah AHLI ANTU.dgn jumlah undi terkumpul xsampai 20000 ribu org.pas tu lebih 70% dr ahli sebenarnya pulak adalah bukan melayu.cuma pd PRU 12 dulu kemenangan PKR byk di bantu olih sekutu haramnya PAS dan DAP dan juga NGO2 terutama HINDRAF.bab klu kita tengok PKR byk diwakili olih ketua2 NGO.saya setuju dgn dato PKR memang menunggu masa utk pecah dan hancur berderai xp sy kuatir dgn sokongan undi atas pagar yg di perolihi olihnya pd PRU 12 dulu adakah dpt kita ambil blk atau sebaliknya.mood dan sikap pengundi atas pagar ini terlalu pelbagai mengikut tempat,kaum dan sosial status.sy cadangkan dato sebagai ketua penerangan umno msia memulakan usaha kearah itu.

  2. Datuk. tahniah atas komitmen menjayakan agenda parti UMNO. saya sekadar ingin menyampaikan sedikit pandangan daripada ahli umno akar umbi. pada saya dan majoriti akar umbi, kegagalan UMNO/BN pada PRU 2008 bukan kerana PKR atau PAS yang kuat. Masyarakat umumnya tak pedulipun sebenarnya PKR dan PAS. Kalau benar PKR dan PAS ni kuat dan rakyat mahukan mereka 2008 BN sudah tumbang. saya rasa Datuk pun tahu sebabnya undi beralih agak besar dalam PRU lalu tetapi kerana nak jaga hati sangat maka sebab-sebab ini cuba nak disembunyikan jugak. Tak usahlah berselindung lagi bahawa peralihan undi tradisi UMNO/BN sebenarnya akibat kebencian terhadap seorang individu dalam UMNO yang semua orang tahu jugak. Kini timbul lagi desas desus PM nak lantik jugak orang itu dalam kabinetnya walaupun umum tahu betapa meluatnya orang UMNO dan golongan penentu atas pagar terhadapnya. Saya mohon janganlah PM kita buat kesilapan lagi yang akan mengundang padah yang amat besar dalam PRU13. Tun Dr. Mahathir dan veteran UMNO berulang kali memberi ingatan itu secara terbuka. Dalam perbincangan kami akar umbi dengan banyak pihak, rata-rata mengatakan bahawa segala yang dibuat oleh PM untuk memulihkan UMNO/BN selama ini akan hancur jika orang itu dilantik jugak. Kritikan masyarakat kali ini akan lebih dasyat dan insyaAllah kata mereka jika itu terjadi bersedialah Datuk dan rakan-rakan menjadi pembangkang kerana ramai akar umbi UMNO sudah bersedia menjadikan PAS sebagai ganti UMNO. mereka tak peduli lagi. Slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" akan tinggal kenangan kerana ianya hanya laungan kosong yang tiada makna lagi. jadi tolong peringatkan PM yang bijaksana akan hal ini sebelum terlambat. ingatlah raja pilihanraya adalah rakyat jelata bukannya PM dan kabinetnya. sekian.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]