PKR..oh PKR..

Ya sebelum ini bila 10 YB PKR keluar jadi Bebas (5 ADUN, 5 MP) kita gelar PKR Parti Keluar Ramai2.. Dengan kes terkini, PKR ialah kini sebuah Parti Kian Rebah.. Kenyataan bahawa cuma sedikit ahli yang mengundi untuk pemilihan berkaitan ( cuma 6 ribu ahli ) menunjukkan yang PKR sudah kehilangan sokongan dari ahli2 mereka sendiri.. Ratusan rekod tidak puas hati tentang sistem pemilihan yang dikatakan penuh penipuan adalah suatu yang memalukan kepada sebuah parti yang mencanangkan konon menjunjung keadilan & ketelusan.. Pastinya ahli2 PKR sekarang ini keloh kesah, gundah gulana.. Saya ingin mencadangkan agar mereka yang sudah muak, sudah bosan dengan PKR, maka silalah masuk ke mana2 komponen BN, UMNO dll.. Untuk pihak pimpinan PKR, jika ingin masuk, akan kami bincang dalam Mesyuarat Pengurusan dan Majlis Tertinggi UMNO.. Dengan pendedahan Dato Zaid & Sdra Mustafa Kamil itu, PKR sebenarnya adalah parti pilihan terakhir jika ada sesiapa ingin menyertai pembangkang, yang pastinya bukanlah cadangan saya.. Saya cadang, bersatulah di bawah BN & UMNO kerana kamilah sebenarnya parti yang membela rakyat, mendahulukan rakyat & menjuarai kehidupan rakyat.. Zaid sebut bahawa PKR parti yang penuh kepalsuan.. Mustafa beri kata dua, ultimatum.. Wahh ini sudah suatu pembongkaran bangkai politik yang amat busuk dan mesti dijauhi sejauh-jauhnya oleh rakyat terbanyak.. Apa lagi, tinggalkan sahaja PKR itu.. Parti serpihan untuk matlamat peribadi dalam sejarah memang tak akan bertahan lama.. Parti jalanan yang dulu sibuk dengan laungan reformasi, skrng sibuk membaling kerusi (kata Presiden UMNO dlm ucapan Penggulungan Perhimpunan Agong baru2 ini), bukan parti yang patut dijadikan pilihan.. UMNO utk alif ba ta, agama bangsa tanahair, perjuangan yang amat murni.. BN pula utk membangunkan semua rakyat M'sia tanpa mengira kaum..PKR kini adalah sedang retak menanti belah..Sebelum kapal berlubang-lubang ini karam, eloklah selamatkan diri.. Tinggalkan nakhodanya yang Zaid sebut punyai masalah peribadi yang dia perlu selesaikan sendiri.. Mari kita bantu PM & TPM dalam bahtera 1Malaysia yang menuju kemajuan untuk semua rakyat di kota & di desa, berdasarkan prinsip keadilan sebenar.. Salam

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:02 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 comments for PKR..oh PKR..

  1. Tembelang sudah pecah. Parti keadilan bukan untuk Rakyat tetapi untuk individu yang kemarok untuk jadi PM. Allah s.w.t masih memberkati UMNO/BN.

  2. Hanye yg ade kepentingan peribadi atau yg bongok (tak leh PK) je yg masih menyokong PKR.... Tp x mustahil ade yg x menyokong calon BN kerana sifat tamak, jd wakil rakyat 5 penggal smpai dh x minat bekerja... masih lg nak jd wakil rakyat... Kalau yg aktif.. nk pegang jawatan tu seumur hidup pun xpe..

  3. Barang diingat wahai para pemimpin besar dan kecil dalam UMNO... sedikit petanda bahawa arah aliran sokongan rakyat nampak mulai memihak kepada BN(UMNO) tapi itu semua hanya HASIL kekuatan barisan utama UMNO pusat Khasnya PM, TPM, dan beberapa menteri khasnya UMNO yang nampak berkesan. Ada kalangan mereka berjawatan ttp x meyakinkan malah buatkan pengundi jauh hati pada UMNO.

    Apa yang lebih diharapkan adalah peranan dan persembahan UMNO di peringkat akar umbi UMNO! Apa telah berubah? Selari dengan kesedaran perhimpunan UMNO lepas PRU12 yang menyebakan BN hilang mejoriti 2/3... PRU13 makin hampir, mereka-mereka yg berkenaan perlu nilai diri masing-masing bagi memastikan UMNO jadi 'Juara Rakyat'

    Tidak ada maknanya soal transformasi yg dilaung-laungkan itu hanya di atas tapi tidak melimpah dan melata di bawah! UMNO hanya ada 1 PM dan 1TPM.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]