Setiap undi penting kepada Barisan Nasional

Setiap undi penting kepada Barisan Nasional

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi diminta menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada Khamis ini kerana undi mereka bakal menentukan masa depan pembangunan di kedua-dua kawasan itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, setiap undi dianggap penting oleh Barisan Nasional (BN) kerana ia bakal menentukan sama ada kawasan itu akan kembali ke tangan BN atau tidak.

"Setiap undi sama ada daripada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan undi pos adalah penting kepada BN," katanya dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Menurut beliau, kemenangan dan kekalahan tipis BN di beberapa kawasan dalam pilihan raya lalu seperti menang 176 undi di Parlimen Sandakan dan kalah 65 undi di DUN Manek Urai membuktikan setiap undi amat bernilai.

"Sejarah menunjukkan pada Pilihan Raya Umum 2004 Pas hanya menang satu kerusi DUN di Kelantan dengan yang paling tipis ialah di DUN Kemuning, Machang iaitu memang cuma dua undi mengatasi calon BN. Ini satu rekod dalam sejarah demokrasi dunia apabila sesebuah parti dapat undi tipis untuk memerintah sesebuah negeri," katanya.

Justeru, jelasnya, semua pengundi perlu menunaikan tanggungjawab membuang undi supaya amalan demokrasi terus subur di negara ini.

"Semoga mereka (pengundi) melaksanakan hak sebagai pengundi dan memilih BN yang terbukti membela nasib semua rakyat, membangunkan kota serta memastikan negara ini sentiasa aman, harmoni, makmur dan sejahtera," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:43 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Setiap undi penting kepada Barisan Nasional

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]