Janji pembangkang omong kosong

hmad Maslan (tengah) bertanya khabar dengan penerima bantuan pada Majlis Ramah Mesra dan Penerangan kepada peneroka Felda Chempelak Barat di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat, Johor,

LABIS 9 Jan. – Janji parti pembangkang untuk membahagikan tanah Felda Plantation Sdn. Bhd. di seluruh negara kepada anak peneroka dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Janji 100 Hari jika pembangkang memerintah Malaysia itu hanya digunakan pembangkang untuk menjadi popular dan meraih sokongan ramai khususnya dalam kalangan peneroka dan generasi baru Felda.

“Pembangkang tahu ia tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana keuntungan daripada syarikat itu sebenarnya diberikan semula kepada peneroka Felda melalui komisen, kemudahan, program pembangunan dan banyak lagi.

“Justeru, janji yang ditabur oleh pembangkang itu adalah omong kosong dan bagaikan ‘mencetak khayalan’ kepada peneroka dan generasi baru Felda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Penerangan Kepada Peneroka Felda Chempelak Barat di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat, dekat sini hari ini.

Menurut Ahmad, ladang tersebut sebenarnya sudah 51 peratus dimiliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda yang memberikan pulangan kedua terbaik di negara iaitu sebanyak 14 peratus.

Katanya, janji pembangkang tersebut juga tidak praktikal kerana segala hasil daripada usaha ke atas tanah seluas 132,000 hektar itu digunakan untuk membayar gaji kakitangan Felda dan 40,000 pekerja ladang selain RM100,000 daripadanya digunakan bagi tujuan program pembangunan Felda.

Justeru pihaknya akan membuat lebih banyak pertemuan dengan warga Felda bagi memberi penjelasan berhubung isu berkenaan agar ia tidak diputarbelitkan oleh pembangkang.

“Sebahagian daripada mereka tidak memahami isu ini sedalam-dalamnya selain tidak hadir ketika pihak kami datang membuat penjelasan.

“Kita tidak mahu isu ini digunakan oleh pembangkang ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tidak lama lagi,” katanya.

Dalam isu berasingan, Ahmad turut menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:54 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Janji pembangkang omong kosong

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]