Pertimbang Syor Rakyat Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Video Seks

KUANTAN, 28 Mac – Kerajaan diminta mempertimbangkan syor penubuhan suruhan jaya siasatan di raja bagi kesahihan dan kebenaran kes video seks pemimpin pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, berharap kerajaan dapat meneliti keperluan suruhanjaya memandangkan banyak pihak daripada akar umbi mengutarakan cadangan itu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyeru rakyat dan pelbagai pihak menyuarakan pandangan mereka mengenai syor itu.

“Saya menyokong penubuhan suruhanjaya itu dan harap kerajaan dapat memperhalusi keperluannya kerana ada suara-suara yang kuat mengesyorkannya.

“Mengapa tidak sebab dulu suruhan jaya siasatan di raja juga ditubuhkan dalam kes video DP Vijandran dan video VK Lingam.

“Siasatan ini juga untuk menetukan kesahihan dan kebenaran, malah keadilan kepada dia (Anwar) juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Goh, dekat sini, Ahad.

Ahmad seterus menasihati Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengapa “tiba-tiba kini dirundung malang.”

“Elok dia bermuhasabah diri kenapa tiba-tiba dia dirundung malang yang tak pernah berlaku dan menimpa mana-mana pemimpin lain sejak merdeka,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:13 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pertimbang Syor Rakyat Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Video Seks

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]