DAP Tidak Mampu Perintah Sarawak

KUANTAN, 28 Mac – DAP tidak akan sesekali dapat memerintah Sarawak selagi semua etnik di negeri itu bersatu menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata rakyat Sarawak juga sedar DAP dan pakatan pembangkang tidak akan mampu membawa kemajuan kerana tidak didukung oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, sebab itu juga semua etnik utama di Sarawak selama ini menyokong BN kerana terbukti mentadbir dengan cekap dan melaksanakan pembangunan.

“Orang-orang Cina kini banyak tinggal di tempat yang membangun di Sarawak dan mereka patut bersyukur dan berterima kasih kepada BN.

“Harap kaum Cina tidak lupa kerana jasa BN bangunkan bandar Kuching, Miri, Sibu, Sarikei dan semua bandar di Sarawak yang menjadi tumpuan kaum Cina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Goh, di sini, Ahad.

Ahmad menjelaskan, pada masa yang sama BN juga memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan pinggir bandar dan wilayah pedalaman Sarawak.

Katanyan etnik lain hanya sebahagian yang tinggal di bandar kerana kebanyakannya hidup di wilayah pedalaman.

“Mereka di wilayah pedalaman akan terus menerima nikmat pembangunan, suara mereka sentiasa mendapat perhatian dan kepentingan rakyat itu tetap didahulukan,” katanya.

Ahmad menegaskan, pembangkang tidak mampu mentadbir dengan berkesan kerana mereka caca merba merancang mengikut populariti dan masih bertelagah.

“BN pula sentiasa ada rancangan yang menepati kepentingan utama rakyat dan melaksanakannya berdasarkan KPI tertentu untuk memastikan kejayaan dan impak maksimum,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:16 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for DAP Tidak Mampu Perintah Sarawak

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]