Pemimpin Pas, DAP, PKR Disaran Buat Permintaan Khas Lihat Video Seks

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar pemimpin-pemimpin utama pembangkang membuat satu permintaan khas untuk menyaksikan sendiri rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan mencari kebenaran.

Beliau seterusnya yakin permintaan tersebut boleh ditunaikan dengan syarat ia tidak dihebahkan kepada umum hanya untuk tujuan mencari kepastian secara peribadi.

“Saya rasa elok juga pemimpin DAP, Pas dan PKR termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz buat permintaan khas untuk melihat rakaman video itu tanpa perlu menghebohkannya… tengoklah sendiri untuk kepastian.

“Saya yakin kalau ada permintaan itu dibuat ia boleh dipenuhi”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini

Beliau seterusnya memberitahu telah berkesempatan bertemu dengan lima individu yang telah menyaksikan rakaman video tersebut.

“Saya tidak melihat video itu tetapi kelima-lima yang saya temui itu mengesahkan bahawa imej yang berkaitan adalah imej Anwar Ibrahim.

“Kalau lima individu itu berbohong maka saya berbohonglah tetapi tidak ada sebab mengapa kelima-lima orang itu nak membohongi saya”, ujarnya.

Malah kata beliau lagi mereka yang melihat video itu mengatakan bahawa visual yang dipamirkan begitu jelas memperlihatkan siapa yang terlibat.

“Ia dikatakan dirakam menerusi perakam yang berteknologi tinggi”, katanya.

Justeru beliau juga turut mengesyorkan agar kerajaan menimbang supaya diadakan satu suruhanjaya siasatan sebagaimana kes-kes video sebelum ini seperti video D.P Vijandran dan VK Linggam. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:03 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pemimpin Pas, DAP, PKR Disaran Buat Permintaan Khas Lihat Video Seks

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]