Tolak Suruhanjaya Sebab Ramai Di Kalangan Mereka Yakini Itu Anwar


KUCHING, 6 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan pakatan pembangkang menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat rakaman video seks kerana ramai di kalangan mereka meyakini bahawa individu yang terlibat itu adalah ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh sebab itu tegas beliau pakatan pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya itu kerana takut menerima kebenaran.

Jelas beliau lagi tindakan pakatan pembangkang menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja membuktikan sikap talam dua muka dan hipokrit mereka dalam mengadili sesuatu perkara.

”Dalam kes terdahulu…kematian Kugan, Aminulrasyid, Teoh Beng Hock merekalah (pakatan pembangkang) yang ghairah meminta penubuhan Suruhanjaya Di Raja tapi dalam kes video seks ini lain pula nada mereka.

”Kenapa mereka perlu takut dan berdolak dalih sedangkan penubuhan suruhanjaya itu akan dapat pastikan kebenaran yang kini menjadi persoalan banyak pihak”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata sebagai pakatan yang sering melaungkan keadilan dan ketelusan, pembangkang patut bersama rakyat menyokong penubuhan sebuah badan bebas bagi menyiasat rakaman video seks itu.

”Ini bagi membolehkan semua pihak tidak lagi membuat spekulasi dan tuduhan liar terutama pakatan pembangkang yang mendakwa kononnya ini satu konspirasi bagi menjatuhkan pakatan pembangkang”, ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:36 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Tolak Suruhanjaya Sebab Ramai Di Kalangan Mereka Yakini Itu Anwar

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]