Hanya UMNO bela Melayu

Hanya UMNO bela Melayu

PONTIAN 15 Mei – Tiga parti serpihan yang telah ditubuhkan selepas kelahiran UMNO pada 1946 merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan bukan membela kaum tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hanya UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah terbukti mampu membela kaum tersebut kerana ia diasaskan dengan tujuan suci apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union.

Keadaan itu katanya, berbeza dengan Pas, Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan ekoran kekecewaan segelintir pemimpin mereka demi kepentingan peribadi, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

“Pas ditubuhkan pada 1951 apabila Ahmad Fuad kalah kepada Datuk Onn Jaafar, S46 pula ditubuhkan pada 1988 apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala PKR pada 1989 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

“Jadi, tiada sebab ketiga-tiga parti tersebut terutamanya Pas dan PKR mendakwa mereka adalah parti yang mewakili serta membela orang Melayu sedangkan asas penubuhannya lahir daripada perasaan kecewa kerana tidak dapat menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada golongan muda yang lahir selepas penubuhan UMNO supaya mereka memahami parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Pas yang kononnya memperjuangkan Islam juga tidak ikhlas kerana melabelkan kaum sebangsa dan seagama mereka sebagai kafir dan tidak masuk syurga sekiranya tidak mengundi calon-calon mereka dalam pilihan raya.

“PKR pula kini hanya menjadi kuda tunggangan dan boneka kepada DAP serta telah lari daripada konsep asal penubuhannya apabila ramai pemimpin kanan dan ahli mereka meninggalkan parti tersebut,” katanya.

Justeru, beliau menasihati generasi muda Melayu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang dan sewajarnya menyedari bahawa UMNO sahaja yang dapat membela nasib dan mempertahankan maruah agama Islam.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:44 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

4 comments for Hanya UMNO bela Melayu

  1. Salam Datuk, Mohon jika UMNO benar-benar mahu membela orang Melayu maka UMNO perlu memperjuangkan nasib kami sebagai pegawai kontrak di jabatan kerajaan. Kami sebagai pendokong kerajaan dari agensi BTN dan Unit Seranta (FELDA) masih lagi betaraf kontrak dan bukan pegawai tetap. Ke mana hala tuju kami sebagai pegawai kontrak yang tidak dibela oleh UMNO. Takkan UMNO sebagai pati pemerintah tidak dapat membantu pendokong mereka dalam isu ini. Mohon Datuk dan pihak UMNO mencari jalan bagi membantu kami dalam memikirkan masa depan kami sebagai pegawai kontrak yang tidak ada apa-apa kemudahan dihari tua nanti. Terima Kasih Datuk dan saya berharap sangat agar UMNO akan membela nasib kami sebagai pegawai-pegawai kontrak yang terus mendokong Kerajaan UMNO.....

  2. wahai nanang kesuma,ko xyah la nak merayu pada umno,ko ni sebenarnya kena tipu kat umno,ko kerja tmpt melahirkan generasi bersifat assobiyah dan rasis,jom ubah sekarang,tukar kerajaan,rezeki bkn umno bg tp TUHAN bg,ingat....

  3. salam dato.. ramai juga pegawai kontrak di JASA. mohon kerajaan bela nasib mereka siang malam bekerja untuk kerajaan dan negara.. serapkan mereka semua ke dalam jawatan tetap. mereka adalah pegawai2 berpengalaman.

  4. assalamualaikum datuk ahmad.. KEMAS JASA BTN adalah tonggak perjuangan bangsa dan agama. nasib dan kebajikan mereka masih kurang. hanya harapkan duit gaji bulanan untuk bina rumah dan belanja keluarga. nk buat pinjaman pun tak dapat. apakah pengorbanan mereka selama ini tidak dihargai oleh kerajaan? mereka adalah pejuang tulen. taat setia mereka tidak berbelah bahagi. maka wajar pengorbanan mereka selama ini dibalas dengan sewajarnya. MEMORANDUM: SERAPKAN SEMUA PEGAWAI KEMAS JASA BTN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA KE JAWATAN TETAP. HANYA UMNO DAN BN SAHAJA YANG BOLEH MELAKUKAN INI SEMUA.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]