MAGMA tawar peluang belajar silat

Ahmad Maslan menyampaikan sijil kepada Setiausaha Agung Seni Silat Pesaka, Datuk A.Rahman Hassan pada Konvokesyen Seni Bela diri 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Mei - Seramai 46 guru silat dan seni mempertahankan diri tempatan menjadi kumpulan pertama menamatkan pengajian seni bela diri yang julung-julung kali diperkenalkan beberapa tahun lalu.
Program yang ditawarkan oleh Akademi Beladiri Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) itu mendapat kerjasama Universiti Terbuka Asia Pasifik yang beroperasi di California, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Presiden MAGMA, Datuk Baharom Kamari, pihaknya menawarkan pengajian seni bela diri di peringkat diploma hingga doktor falsafah (PhD).
Untuk menyertai program pengajian itu, kata beliau, calon perlu melibatkan diri dalam perguruan seni bela diri bagi tempoh tertentu dan mengikuti kursus-kursus anjuran MAGMA yang meliputi 70 peratus dari segi praktikal manakala 30 peratus lagi teori dan kuliah.
"Ini kali pertama fakulti pengkhususan dalam bidang seni bela diri diwujudkan dan kita berharap mampu menjadikan Malaysia sebagai hab seni mempertahankan diri dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen dan Konvokesyen Dunia Seni Beladiri di sini hari ini.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Pada majlis itu, seramai 20 graduan PhD seni bela diri dan empat graduan PhD dalam bidang perubatan komplementari menerima sijil masing-masing manakala 14 graduan mendapat ijazah sarjana; enam (sarjana muda) dan sembilan (diploma).
Baharom berkata, pihaknya kini membuka pengambilan baru dan telah menerima 40 permohonan bagi sesi kemasukan Jun ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:34 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for MAGMA tawar peluang belajar silat

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]