Pembangkang Dicabar Turunkan Harga Barang Di Negeri Pentadbiran Mereka

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai dan ditadbir mereka sebagai lambang dan bukti bahawa mereka benar-benar bijak dan kononnya prihatin dengan rakyat.

”Sebagai contoh, RON95 sekarang berharga RM1.90 manakala RON97, RM2.90, masa saya nak mencabar kerajaan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan supaya menurunkan RON97 itu kepada RM1.90 supaya sama dengan RON95. Kalau mereka tak boleh buat, jangan tuduh BN barang naik”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha-Setiausaha Akhbar Kementerian di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Tambahnya lagi beliau mencabar agar semua stesen minyak di negeri Selangor menjual RON97 sama nilainya dengan RON95, iaitu RM1.90.

”Kalau mereka katakan harga RON95 itu mahal, maka kerajaan negeri Selangor yang kaya dengan pelbagai sumber cari duit bayar subsidi supaya RON95 yang mereka kata mahal tu, boleh mereka turunkan kepada RM1.50 di semua stesen minyak di negeri Selangor,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional 9BN).

Tegasnya, jika mereka tidak dapat berbuat demikian, maka jangan jadikan isu kenaikan harga barang sebagai bahan dan isu kempen-kempen mereka lagi.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu harga gula di Malaysia RM2.30 lebih murah berbanding harga di negara kiran seperti di Indonesia RM3.80, di Singapura RM3.61, di Thailand RM2.31, di Filipina RM4.30.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar kerajaan empat negeri yang ditadbir pembangkang agar menurunkan lagi harga gula, contohnya kepada RM2.00 sekilo sebagai komitmen dan tanggungjawab mereka yang kononnya kerajaan yang prihatin dan berkebajikan kepada rakyat.

“Macammana nak turunkan harga tersebut, senang sahaja dan itu adalah di bawah kuasa di bawah kerajaan negeri. Kerajaan negeri Selangor kononnya, telah menurunkan harga air di Selangor, bererti dia boleh turunkan harga minyak”. katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui BN adalah satu-satunya kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyatnya dari bayi hingga ke warga tua.

Malah Malaysia juga katanya lagi satu-satunya negara yang mewujudkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dan Barang Kawalan Berjadual. - MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:30 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pembangkang Dicabar Turunkan Harga Barang Di Negeri Pentadbiran Mereka

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]