Usul dikemukakan perlu berisi

Usul dikemukakan perlu berisi

KEPIS – Setiap usul daripada perwakilan bahagian UMNO perlu mempunyai input berguna dalam usaha memperkukuhkan parti serta dasar kerajaan yang dilaksanakan pucuk pimpinan tertinggi.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, usul yang perlu diperbincangkan antaranya membabitkan perpaduan Melayu dan tindak balas ahli UMNO tentang dasar kerajaan.

“Kita perlu membahaskan perkara penting seperti perpaduan Melayu. Perpaduan Melayu diambil kira walaupun terdapat perbezaan parti dan fahaman politik. Paling utama, kita lupakan persengketaan, sebaliknya mewujudkan perpaduan antara satu sama lain.

“Kekuatan orang Melayu perlu diteruskan demi generasi muda kita. Kebangkitan orang Melayu pasti akan mengerunkan masyarakat lain, bukan untuk bergaduh tetapi demi kesejahteraan semua pihak termasuk keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas program Penerangan Isu-isu semasa di Dewan Orang Ramai Felda Kepis, dekat sini, kelmarin.

Program anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah dan seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim; Ketua Penerangan UMNO bahagian, Datuk Abd Samad Ibrahim; Ketua Wanita UMNO bahagian, Datuk Norhayati Omar dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Ainol Azian Mohd Nor.

Ahmad berkata, setiap UMNO bahagian perlu memberi renspon kepada dasar kerajaan sama ada boleh diterima pakai atau tidak.

“Penyuaraan penda-pat berhubung gagasan 1Malaysia juga perlu diberi tidak balas. Melalui pendapat serta cadangan, inilah yang akan menambah baikkan pelaksanaan gagasan 1Malaysia.

“Begitu juga dengan program transformasi kerajaan mengenai Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan program transformasi ekonomi yang perlu dibincangan oleh setiap ahli UMNO," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:33 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Usul dikemukakan perlu berisi

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]