Perpaduan majoriti melayu formula yang boleh digunakan BN

TAIPING 28 Mei — Perpaduan majoriti kaum Melayu di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu merupakan satu formula baik yang boleh digunakan oleh Barisan Nasional untuk memenangi sesebuah kawasan pada pilihan raya nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN perlu menggunakan formula penyatuan dan perpaduan majoriti orang Melayu di kawasan sedemikian, dan berusaha memenangi hati pengundi Cina dan India bagi mengukuhkan kemenangan calon BN.

"Kita tidak boleh kata semua pengundi akan pilih BN, maksud majoriti di sini adalah minima 51 peratus undi Melayu (di kawasan berkenaan) sokong BN, bermakna sekiranya 51 peratus pengundi Melayu memilih BN, ini bererti BN sudah menang dan jumlah majoriti peratus itu akan bertambah dengan undi daripada kaum Cina dan India,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.

Beliau berkata langkah untuk menyatu-padukan orang Melayu perlu bermula dengan perpaduan di kalangan anggota UMNO sendiri di satu-satu kawasan yang akan menarik minat orang lain.

Katanya langkah seterusnya adalah mengadakan pakatan bersama-sama antara Umno dan Pas yang akan menyatupadukan orang Melayu secara keseluruhanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:12 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Perpaduan majoriti melayu formula yang boleh digunakan BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]