Utusan Printcorp cetak Quran terjemahan Kazakh

KUALA LUMPUR 27 Mei - Anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Printcorp Sdn. Bhd., diberi kepercayaan oleh Yayasan Restu untuk mencetak terjemahan al-Quran dalam bahasa Kazakh bagi membolehkan kitab suci itu dikuasai oleh semua bangsa.

Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, pihaknya yakin Utusan Printcorp mampu menghasilkan produk berkualiti berdasarkan rekod syarikat tersebut selama ini.

"Cetakan pertama telah dimulakan pada awal tahun ini sebanyak 10,000 naskhah dan kini sedang merancang bagi cetakan kedua.

"Sebelum ini Yayasan Restu menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu serta bahasa Hawsa dan ini adalah bahasa terjemahan keempat," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Yayasan Restu yang ditubuhkan pada 1987 melaksanakan pelbagai aktiviti dalam usaha memperkasakan al-Quran dan seni khat Islam.

Bagi menyemarakkan lagi usaha tersebut, yayasan berkenaan akan mengadakan Festival al-Quran dan Kesenian Islam di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam dari 8 hingga 17 Julai ini.


Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:10 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Utusan Printcorp cetak Quran terjemahan Kazakh

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]