PILIH CALON BERKALIBER

Pilih calon berkaliber

FELDA TAIB ANDAK – Ketua Penerangan UMNO Pusat, Datuk Ahmad Maslan menyeru agar kepimpinan tertinggi UMNO memilih calon yang benar-benar layak dan berkaliber untuk memenangi hati rakyat bagi menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, kemenangan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menunjukkan UMNO perlu bijak memilih calon yang dapat memenangi hati rakyat tempatan.

“Kalau MCA atau Gerakan tidak mempunyai ‘winnable candidate’ (calon berkaliber) bagi kawasan majoriti bukan Melayu, bagi pada UMNO sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Agong Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kulai Kali Ke-8 di Dewan Raya Felda Taib Andak, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad turut tidak menafikan sentimen yang dimainkan DAP semasa PRN Sarawak menyebabkan ramai pengundi Cina yang menyokong pembangkang.

“DAP telah memainkan sentimen bahawa masyarakat Cina sepatutnya menjadi Ketua Menteri kerana mereka yang membangunkan banyak kawasan di Sarawak, jadi mereka pilih DAP sebab mereka nak perintah negara,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menegaskan agar peranan masyarakat Melayu yang memberi sumbangan dalam memastikan negara dapat dibangunkan dalam suasana harmoni dan makmur, tidak dilupakan.

“Kalau bukan masyarakat Melayu yang sanggup berkhidmat dalam kerajaan dengan gaji serendah RM1,000 dan sanggup berkhidmat dalam ketenteraan, pastinya negara ini tidak akan aman.

“Individu yang menghidupkan Malaysia juga terdiri daripada orang Melayu, bukan hanya sesetengah kaum sahaja.

“Saya tidak bersikap perkauman tetapi mahu seluruh rakyat negara ini mengambil kira peranan yang dimainkan masyarakat Melayu dan menyokong Barisan Nasional (BN),” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:52 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for PILIH CALON BERKALIBER

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]