Majlis Ayahanda Malaysia Sedia Berdepan Kumpulan Bersih 9 Julai

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.

“Adakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?

“Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.

“Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan ’Bersih 2.0’, kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan ‘suci’ yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.

“Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya,” katanya.

Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.

Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan ‘suci’ untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka ‘Bersih’ ini,” ujarnya. -MediaUMNO.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:22 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Majlis Ayahanda Malaysia Sedia Berdepan Kumpulan Bersih 9 Julai

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]