PERMAS Harap Usaha Perpaduan Melayu Diteruskan – Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata hasil perbincangan dan pertemuannya bersama Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) hari ini, meletakkan harapan agar usaha perpaduan Melayu sebagaimana yang pernah diusahakan sebelum ini diteruskan.

Jelas beliau usaha ini perlu diteruskan demi memastikan kesinambungan dan perpaduan orang Melayu dan pemerkasaan agama Islam untuk kepentingan negara ini.

“Itulah agenda besar yang menjadi topik perbincangan kami hari ini. Perpaduan bukan setakat dalam parti siasah tetapi perpaduan kita dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

“PERMAS yang dianggotai seramai 1.8 juta orang, bukan satu bilangan yang kecil melihat perlunya perbincangan perpaduan Melayu antara UMNO dan Pas diteruskan, dan apa yang kita tumpu ialah apa yang menghalang perpaduan Melayu, mengapa Melayu tidak bersatu dan apakah kepentingan Melayu bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil pertemuan dan perbincangan dengan PERMAS di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Jelasnya lagi kesepakatan yang diambil oleh Ayahanda-ayahanda dari PERMAS ini ialah Melayu harus terus berusaha untuk bersatu padu sama ada dalam kumpulan siasah ataupun bersatu-padu pada usaha-usaha niaga, ataupun bersatu-padu dalam masyarakat dari segi kumpulan-kumpulan dalam kumpulan yang pelbagai.

Dalam masa yang sama, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membidas Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss berhubung kenyataannya menyalah UMNO penyebab ADUN DAP enggan memakain pakaian rasmi ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

Tegasnya UMNO tidak ada di Sarawak sebaliknya kompenan BN iaitu PBB yang membawa dan mengetuai perjuangan BN di negeri itu.

“Tak bolehlah salahkan UMNO, sebab UMNO tidak ada pun di Sarawak. Perkara itu, tak perlulah diperbesar-besarkan sebaliknya agenda besar perpaduan Melayu inilah yang harus kita fokus sekarang ini,” ujarnya . -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:23 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for PERMAS Harap Usaha Perpaduan Melayu Diteruskan – Ahmad

  1. Apa sudah jadi dengan BTN? http://paneh.blogspot.com/2011/06/btn-yang-serabut.html

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]