Pelekat bagi tunjuk nilai subsidi ditanggung kerajaan

SHAH ALAM 9 Jun — Barangan bersubsidi mungkin mempunyai pelekat dan cetakan yang menyatakan nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu perlu kerana majoriti rakyat masih tidak tahu jenis dan nilai barangan subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Rakyat bukan tidak mahu berterima kasih tetapi mereka tidak tahu nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan, jadi kita perlu mengambil langkah untuk memaklumkan kepada mereka,” katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan Selangor memaklumkan subsidi air yang diberikan melalui bil bulanan pengguna.

Antara barangan yang boleh diletakkan pelekat dan cetakan serta nilai subsidi itu ialah tepung (45 sen sekilogram), gas (RM21.42 setong), petrol RON95 (90 sen seliter), beras ST15 (RM4 sekampit), gula (20 sen sekilogram), minyak masak (RM1 sekilogram) dan diesel (90 sen seliter), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Penjawat Awam 1Malaysia di sini hari ini.

Ahmad berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian berkenaan. — Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:33 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pelekat bagi tunjuk nilai subsidi ditanggung kerajaan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]