Pintu Perpaduan Melayu Masih Terbuka, Lupakan Kisah Lalu – Ahmad


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Walaupun pertemuan dan perbincangan sebelum ini mengenai ‘Perpaduan Melayu’ antara UMNO dan Pas menemui jalan buntu, namun UMNO masih terus membuka pintu perpaduannya dengan mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

“Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu. Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi, bukalah buku baru, apa salahnya?. Datuk (Seri) Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak terlibat begitu juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama.

“Usaha-usaha pertemuan dan perbincangan bersama antara UMNO dan Pas harus diteruskan. Pandangan-pandangan manusia boleh berubah, apabila kita ‘cop’ seseorang itu, tidak selamanya dia begitu. Mungkin Mat Sabu baik, itu saya tak tahulah,” ” ujarnya mengulas kemenangan Mat Sabu tidak memungkinkan pintu rundingan ‘Perpaduan Melayu’ akan menjadi kenyataan sedangkan ketika di zaman Ustaz Nasharuddin sekalipun, usaha ini gagal direalisasikan.

Beliau turut meminta semua pihak termasuk ahli-ahli UMNO untuk berfikir rasional dan positif, kerana baginya perpaduan ini bukan sahaja akan memberi keuntungan kepada orang Melayu, malah orang bukan Melayu juga akan dapat keuntungan hasil perpaduan ini.

“Jangan tutup pintu, mentang-mentanglah Mat Sabu menang, kita tutup pintu rundingan. Polisi dan stail UMNO, bukan begitu,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan bersetuju dengan pandangan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir dalam blognya yang melihat pemilihan pucuk pimpinan Pas kali ini merupakan kemenangan kepada Karpal Singh, dan lebih jelas lagi kemenangan kepada DAP.

“Saya menghormati `sifu’ saya tu. Dia memang ada pandangan-pandangan tajam dan menjadi ikutan dan ramai pengikutnya memikirkan perkara yang sama. Pada saya, selain Karpal Singh, DAPlah yang menang.

“Tetapi kini kita tumpu, UMNO dan NGO mengharapkan agar kisah-kisah perpaduan itu jangan terhenti hanya kerana ‘kumpulan yang begitu rupa’ (kumpulan Erdogan) yang memimpin Pas sekarang,” ujarnya kepada pihak media selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO semalam.

Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:40 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pintu Perpaduan Melayu Masih Terbuka, Lupakan Kisah Lalu – Ahmad

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]