DEMONSTRASI TIDAK BANTU SELESAI MASALAH RAKYAT

KUALA LUMPUR – Demonstrasi atau perhimpunan haram yang kononnya mahu menuntut keadilan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menambahkan kerugian kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada kerugian ditanggung negara luar akibat tindakan tidak profesional rakyatnya yang suka menjadikan demonstrasi sebagai jalan pintas.

“Demonstrasi tidak patut diadakan. Tambahan pula, banyak contoh-contoh negara luar yang porak-peranda akibat demonstrasi haram begini, kita boleh jadikan contoh supaya tidak mengalami nasib serupa.

“Saya baru pulang dari Mesir, di sana sebelum ini ada demonstrasi besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan, Sekarang, mereka perlu mendirikan kerajaan baru, tetapi masih ada demonstrasi. Pelancong, pelabur tiada yang datang ke sana,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rasmi Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), semalam.

Beliau berkata, sekiranya rakyat benar-benar mahu menuntut hak dan keadilan, banyak cara lain yang boleh digunakan seperti mengemukakan usul di Parlimen.

“Dalam hal ini, tidak ada keperluan rakyat negara ini untuk sokong dan menyertai perhimpunan haram dianjurkan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 yang ingin menuntut pilihan raya telus.

“Sebenarnya, misi utama demonstrasi itu bukan hakikat sebenar mereka, mereka sengaja mahu memburuk-burukkan nama kerajaan, itu agenda utamanya,” katanya.

Ditanya samada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) patut dikenakan kepada penyokong dan peserta demonstrasi, Dr Mahathir berkata hal itu terserah kepada kerajaan.

Dalam majlis itu, MPPA menerima sumbangan RM20,000 daripada kerajaan, RM20,000 daripada Celcom, RM 15,000 daripada Syarikat Jamu Mak dara dan RM10,000 daripada New Straits Time Press (Malaysia) Berhad.

MPPA julung kalinya ditubuhkan dan dianggotai kira-kira 400 jurufoto media seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:34 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for DEMONSTRASI TIDAK BANTU SELESAI MASALAH RAKYAT

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]