Persatuan Jurufoto Media Malaysia ditubuhkan

KUALA LUMPUR 1 Julai - Buat julung kalinya, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) diwujudkan bagi membela hak, kebajikan dan mempertingkatkan profesion jurufoto media di seluruh negara.

Ia dianggotai oleh 400 ahli terdiri daripada jurugambar agensi dan pertubuhan media yang mendaftar dengan Jabatan Penerangan.

Majlis pelancarannya disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga penaung kepada persatuan itu.

Hadir sama Penasihat persatuan, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden MPPA, Mat Salim Shhari.

Pada majlis tersebut, Ahmad Maslan turut mengumumkan peruntukan RM20,000 bagi MPPA selain sumbangan daripada Celcom Axiata Berhad sebanyak RM20,000; Jamu Mak Dara (RM15,000) dan Media Prima Berhad (RM10,000).

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir mengingatkan ahli persatuan supaya bersatu bagi menghasilkan sebuah persatuan yang kukuh dan berwibawa.

Beliau berkata, jurugambar mempunyai tanggungjawab besar dan perlu menggunakan 'kuasa' kemahiran mereka demi kebaikan kepada masyarakat dan negara.

"Saya yakin dengan kesatuan dan perpaduan akan memberikan kekuatan kepada kita. Kalau kita berseorangan sukar untuk kita melakukan sesuatu. Tetapi kalau bergabung, kita boleh mengalahkan kuasa dunia.

"Kita perlu ingat semasa Melayu berjuang menentang Malayan Union, mereka daif, tak ada berilmu, senjata dan apa pun. Tetapi kerana bersatu padu, Melayu berjaya tewaskan Great Britain," katanya.

Pada ucapannya, beliau sempat menyindir pihak tertentu yang sering menafikan bukti menerusi gambar.

"Bila tengok gambar, kita percaya walaupun gambar boleh tukar-tukar. Tetapi kalau ambil gambar di empat sudut, kita patut percaya gambar yang kita tengok," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:37 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Persatuan Jurufoto Media Malaysia ditubuhkan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]