Hanya 16% premis bumiputera di Lembah Klang

Hanya 16% premis bumiputera di Lembah Klang

KAJANG 2 Julai – Usahawan bumiputera digesa melipatgandakan usaha untuk terus kekal dalam dunia perniagaan kerana ketika ini hanya 16 peratus premis perniagaan di Lembah Klang dimiliki bumiputera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata , mereka perlu menceburi bidang perniagaan yang kurang persaingan, belum diterokai orang lain serta memperbaharui perniagaan sedia ada supaya lebih kreatif.

"Dua perkara penting dalam perniagaan ialah ilmu dan modal tetapi ilmu lebih penting kerana perniagaan tanpa ilmu boleh lingkup,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden DPIM, Tengku Ahmad Rithaudden dan dan timbalannya Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Ahmad berkata, lokasi perniagaan yang strategik juga perlu diambil kira memandangkan kebanyakan premis milik bumiputera berada di lokasi yang tersorok.

Presiden DPIM Putrajaya, Daud Ahmad dalam ucapannya mencadangkan agar DPIM membina sebuah medium baru yang dapat menggabungkan seluruh usahawan Muslim di seluruh dunia.

"Kita boleh namakan International Islamic of Business Chambers atau apa sahaja nama yang sesuai dengan ahli-ahli dewan perniagaan Islam dari seluruh dunia tanpa mengira sama ada negara itu majoritinya orang Islam mahupun orang Islam minoriti di negara itu,” katanya. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:05 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Hanya 16% premis bumiputera di Lembah Klang

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]