Felda tidak akan bankrap

Felda tidak akan bankrap

KUALA LUMPUR 28 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan bankrap walaupun semua pokok kelapa sawit di atas tanah seluas 330,000 hektar miliknya diracun pihak pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam menegaskan kenyataan tersebut berkata, Felda yang kini mempunyai nilai aset bersih berjumlah RM12.2 bilion mampu membayar cukai serta zakat melebihi RM1 bilion dan tidak begitu mudah akan diisytiharkan bankrap.

Katanya, Felda juga merupakan satu-satunya organisasi di negara ini yang menjamin pendapatan minimum sebanyak RM1,000 kepada peneroka di bawahnya dan tiada agensi lain yang berbuat demikian untuk kumpulan individu di bawah mereka.

"Pendapatan sebenar setiap peneroka akan berbeza mengikut umur pokok kelapa sawit, ada yang puratanya sekitar RM2,500 sebulan dan ada juga sekitar RM3,500 sebulan.

"Mengenai geran tanah peneroka, Felda telah memberikan hak milik kepada 70 peratus daripada 112,635 warga peneroka setakat ini.

"Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak juga, nama isteri setiap peneroka akan dimasukkan ke dalam geran tanah sebagai pengiktirafan usaha sama suami dan isteri sebagai peneroka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Husin yang meminta penjelasan mengenai isu Felda bankrap, pendapatan minima peneroka setiap bulan dan bila semua peneroka akan mendapat geran tanah pada sidang Dewan Negara hari ini.

Ketika menjawab soalan asal Senator Datuk Akbar Ali, Ahmad menjelaskan, aset semasa dan tetap Felda sebenarnya telah melonjak dari RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009 walaupun aliran tunai menurun dalam tempoh tersebut.

"Penurunan kedudukan tunai Felda dan bukannya nilai aset antara 2004 dan 2009 disebabkan perbelanjaan dan bukannya disonglap mana-mana pihak tertentu.

"Perbelanjaan paling besar adalah untuk program pembangunan tanam semula kebun peneroka yang melibatkan elaun sara hidup peneroka, pembiayaan pendahuluan hasil dan kos tanaman yang kesemuanya berjumlah RM2.42 bilion.

"Selain itu, RM2.41 bilion lagi digunakan untuk program sosioekonomi, latihan kemahiran, bayaran bonus, sumbangan hari raya, insurans dan aktiviti kebajikan untuk peneroka dan generasi baru.

"Selebihnya melibatkan RM603 juta untuk pinjaman membesarkan rumah peneroka, RM269 juta untuk pembasmian kemiskinan rakyat di Sabah, RM220 juta untuk masalah air Felda di Pahang, RM 134 juta untuk Perumahan Warga Felda (PWF) dan RM662 juta untuk menara Felda di hadapan KLCC," jelasnya.

Akbar dalam soalannya meminta penjelasan faktor-faktor yang menyebabkan nilai aset Felda dilaporkan merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh lima tahun itu serta tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:28 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Felda tidak akan bankrap

  1. Salam ..Saya anak Felda..Pak Saudara saya kat
    Felda Nitar berkata' Ayah saya(datuk saya)
    seorang yang miskin tetapi tetapi begitu adil.
    Kawan-kawan bertanya bagaimana ya....Jawabnya...Sebelum meninggal beliau memberikan kesemua 8 anaknya 10 ekar tanah iaitu menjadi peneroka Felda...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]