Mahfuz gagal kawal emosi

Mahfuz gagal kawal emosi

KUALA LUMPUR 4 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengunakan bahasa kesat di Twitternya menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin Islam yang berkaliber.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keperibadian sesetengah pemimpin Pas sebenarnya tidak langsung mencerminkan imej sebenar Islam dan adakalanya lebih teruk daripada pemimpin bukan Islam.

"Saya yakin Mahfuz tertekan dengan idea murni penyatuan UMNO dan Pas ini. Beliau sudah mula berfikiran tidak rasional dan gagal mengawal emosinya kerana khuatir dengan kedudukannya selepas penyatuan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.

Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini."

Jelas Mohd. Puad, golongan tersebut hanya menggunakan imej Islam untuk kelihatan warak dan berpura-pura alim sedangkan mereka turut melakukan perkara yang tidak bermoral dan tersasar daripada landasan asal ajaran Islam.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Mahfuz itu memperlihatkan sifat riak beliau yang menolak sesuatu yang murni dan menguntungkan semua pihak di peringkat nasional.

"Saya harap mereka (pemimpin Pas) membuang segala prasangka buruk terhadap usaha murni ini dan menghulurkan tangan permuafakatan supaya perjuangan bangsa Melayu lebih mantap dan maju," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai sebuah kenyataan peribadi yang tidak membawa suara sekalian ahli Pas yang secara realitinya mahukan penyatuan UMNO dan Pas.

Katanya, suara majoriti Pas sebenarnya mahukan penyatuan dan bukannya perpecahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali musuh Islam itu sendiri.

"Kenyataan Mahfuz itu hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata dan tidak selaras dengan suara sebenar ahli Pas. Cuba mereka (Pas) fikirkan manfaat yang boleh dirasai mereka jika bersatu di bawah bumbung Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:07 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Mahfuz gagal kawal emosi

  1. salam yb.selagi mane dasar umno melayu dan pas islam,jgn harap akn bersatu,air dgn minyak x akan bercampur

  2. umno itu islam, PAS itu islam....sila rujuk piagam parti masing2...

    UMNO-alif, Ba, Ta..agama, bangsa, tanah air
    PAS- Alif ba ta..agama , bangsa, tanah air..

    bersatu lebih baik..bila PAS join BN, automatik akan bentuk GOV..

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]