Kemeja baru UMNO tampil kelainan

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Majlis Taklimat Presiden hari ini menyaksikan kelainan apabila kesemua pimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memakai kemeja seragam menampilkan logo parti dan 1Malaysia.
Tidak terkecuali memakai kemeja putih berlengan pendek itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keseragaman penampilan yang dilihat ramai sebagai melambangkan imej yang dinamik dan pembaharuan itu jelas menarik perhatian ramai termasuk oleh kira-kira 2,500 perwakilan yang hadir.
Malah ada kalangan perwakilan tidak melepaskan peluang bergambar dengan ahli-ahli MT sambil memuji konsep baju tersebut.
Sebelum ini, tiada pakaian khusus yang dipakai oleh pimpinan MT pada majlis tersebut dan perubahan ini dilihat sebagai sesuatu yang menyegarkan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang ditemui Utusan Malaysia memaklumkan idea itu dicadangkan sendiri oleh Presiden UMNO.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:02 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Kemeja baru UMNO tampil kelainan

  1. UMNO perlu perubahan... kemeja itu menggambarkan pemimpin dan yang di pimpin adalah sama dan saling perlu memerlukan...

    bilakah mahu dipanjangkan ke akar umbi?

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]