Penerangan 1Malaysia guna konsep baru
12:39 AM

Katanya, mengikut konsep baru itu, UMNO akan terus menjadi peneraju program tersebut dan jawatankuasanya dianggotai semua parti komponen Barisan Nasional (BN).
"Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden UMNO untuk merangka program Gagasan 1Malaysia dan melihat cara ini lebih berkesan. Ia bukan sahaja merapatkan lagi hubungan kaum malah pertalian antara parti-parti komponen BN.
"Pendang merupakan Parlimen pertama melaksanakan program ini mengikut konsep baru ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gagasan 1Malaysia bagi Parlimen itu di pekan Pendang, di sini hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, konsep baru itu akan dibentangkan pada mesyuarat pengurusan UMNO dan Majlis Tertinggi (MT) parti tidak lama lagi. - Bernama
