Pengurus tanah rancangan Felda digesa membudayakan lapan aspirasi 1Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para pengurus tanah rancangan Felda di seluruh negara digesa membudayakan lapan nilai aspirasi 1Malaysia bagi memastikan statusnya sebagai gedung makanan negara terjamin. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, nilai-nilai itu merupakan satu transformasi baru yang mampu menggiatkan pengeluaran stok makanan, seterusnya menjamin bekalan dalam negara sentiasa mencukupi. Kata beliau, nilai-nilai tersebut adalah budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya inovasi, budaya ilmu, kebijaksanaan, kesetiaan, integriti dan ketabahan. Menurutnya, perubahan dan penambahbaikan pada nilai-nilai budaya itu perlu dibuat kerana Felda kini bukan hanya berfungsi sebagai pengeluar dua komoditi terkenal iaitu getah dan kelapa sawit sahaja. ''Apabila peranan Felda dinaik taraf sebagai gedung pengeluar makanan negara, sudah tentu cara pengurusan kita juga berbeza. ''Jadi, saya menggesa kesemua pengurus (Felda) di negara ini membudayakan lapan nilai aspirasi 1Malaysia seperti disuarakan Perdana Menteri sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Pengurus Felda 2009 di sini hari ini. Ahmad menambah, para peneroka kini harus lebih kerap melawat ke kawasan tanah rancangan di bawah tanggungjawab mereka dan tidak hanya memantaunya dari pejabat. Dalam pada itu, seramai 554 peserta terdiri daripada pegawai kanan Felda, pengurus rancangan dan Unit Kawal Selia Felda menyertai kursus selama sehari berkenaan. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan iaitu Cabaran Baru dan Peranan Mendatang; Pengurus-Pemimpin Masa Hadapan; Transformasi Komuniti Contoh dan Gedung Makanan Negara.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:43 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pengurus tanah rancangan Felda digesa membudayakan lapan aspirasi 1Malaysia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]