RM15.6 juta baiki flat Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung
9:27 AM
HULU SELANGOR 9 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tradisi 'rakyat didahulukan' untuk mengatasi segera masalah rakyat apabila mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaiki kerosakan flat di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Lebih bermakna, peruntukan untuk manfaat 52 blok yang menempatkan 5,000 unit flat itu diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis pelancaran Program Juara Rakyat.
Pengumuman itu sekali gus menterjemahkan kesungguhan UMNO untuk menjuarai isu-isu kebajikan rakyat jelata.
Beliau sebelum itu meninjau kerosakan di flat tersebut khususnya pada bahagian bumbung dengan menggunakan teropong dari sebuah bukit berdekatan.
"Apabila saya teropong saya rasa amat sedih kerana daripada 5,000 flat yang terlibat ini, kebanyakan penghuninya sudah berpindah.
"Saya tengok flat yang cukup buruk, macam flat berhantu, macam tak ada orang sebab bumbungnya sudah rosak," katanya sewaktu melancarkan program itu di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa, di sini hari ini.
Kira-kira 20,000 hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi Pelaksana Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Perdana Menteri berkata, kebanyakan penghuni unit flat terbabit telah berpindah dan kini berdepan dengan beban kewangan kerana terpaksa membayar sewa rumah dan pada masa yang sama perlu membayar ansuran pinjaman flat tersebut.
Sehubungan itu, katanya, wakil penduduk mengemukakan rayuan supaya kerajaan menimbang peruntukan khas untuk memperbaiki kerosakan yang berlarutan sejak lapan tahun lalu.
"Jadi saya nak beritahu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan maka saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan RM15.6 juta untuk membaik pulih flat terbabit," katanya.
Berita gembira daripada Perdana Menteri itu kemudiannya disambut dengan laungan Juara Rakyat oleh kira-kira 20,000 rakyat jelata yang membanjiri tapak pelancaran program tersebut.
Sementara itu pada sidang akhbarnya, Perdana Menteri menjelaskan pelaksanaan projek tersebut akan dipantau oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Selepas ini ICU akan ambil tindakan untuk memanggil tender dan menyelesaikannya," kata beliau.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 9:27 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0