'UMNO Juara Rakyat' dekati masyarakat


HULU SELANGOR 2 Jan. - Program 'UMNO Juara Rakyat' yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa di sini minggu depan dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, program selama tiga hari dari 8 hingga 10 Januari itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.
Menurutnya, majlis pelancaran program itu oleh Perdana Menteri akan berlangsung pada 9 Januari ini.
"Ini merupakan program terbesar yang dilaksanakan oleh UMNO untuk mendekati serta membantu rakyat di kawasan pinggir bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat mengenai program itu di Dewan Komuniti Bukit Sentosa dekat sini hari ini.
Jelasnya, 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta, organisasi dan individu akan dibuka sepanjang program itu.
Katanya, aktiviti yang disediakan sepanjang program itu adalah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.
Sebelum ini Najib berkata, program itu bakal membawa transformasi besar kepada UMNO dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat mereka.
Program yang akan berlangsung sepanjang 2010 itu mempunyai tema berbeza setiap bulan bagi memudahkan UMNO di peringkat bahagian melaksanakannya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:25 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for 'UMNO Juara Rakyat' dekati masyarakat

  1. MUNGKIN istilah "JUARA" ni,sebagai HERO adalah merupakan "masuk bakul angkat sendiri".....kita mau UMNO berbakti kepada RAKYAT,untuk RAKYAT,
    kerana RAKYAT dan BERSAMA RAKYAT....barulah ada MESRA RAKYAT....!!!!

    UMNO sekarang perlu macam resmi padi,makin berisi makin TUNDUK,bukan ikut
    resmi LALANG,makin berkuasa makin MENDONGAK..!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]