Ahmad Maslan Ajak Anggota Pembangkang Sertai Umno


KUANTAN, 31 Jan (Bernama) -- Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini."Saya menyeru kepada kawan-kawan lain yang tidak lagi bersetuju dengan pembangkang supaya lekas-lekas tinggalkan parti itu dan kita di Umno sentiasa menerima mereka dengan tangan terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Ekspo Pendidikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Indera Mahkota di Balok, di sini pada hari Ahad.Ahmad berkata krisis yang berlaku di antara beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini bukanlah satu sandiwara tetapi ia benar-benar terjadi yang telah memperlihatkan kepada rakyat tentang ketidaksefahaman yang wujud sesama mereka selama ini."Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ini bukanlah pakatan pembangkang tetapi merupakan pakatan rapuh dan kita bersedia menerima ahli-ahli pembangkang untuk menyertai Umno dan BN," katanya mengulas kemelut politik antara pakatan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang yang semakin serius sejak kebelakangan ini.Khamis lepas, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis."Apa yang berlaku di antara Zahrain dan Lim Guan Eng memang betul-betul berlakunya gelombang besar dalam pakatan itu dan mereka ini adalah Pakatan Rapuh dari dulu lagi malah Zahrain merupakan satu simbol yang melambangkan ketidaksetujuan oleh pihak PKR dan PAS di Pulau Pinang terhadap Ketua Menterinya," kata Ahmad.Beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuduh Umno sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini."Umno dan BN tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit dan itu memang taktik Anwar yang akan menuduh Umno dan BN sebagai punca berlaku sesuatu masalah walaupun ia terjadi dalam pakatan pembangkang," katanya.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:11 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan Ajak Anggota Pembangkang Sertai Umno

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]