'BN sentiasa buka pintu'

Penyertaan pemimpin, anggota pembangkang dialu-alukanKUANTAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.
Secara peribadi, beliau menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) disifatkannya sebagai 'Pakatan Rapuh' berikutan pelbagai isu dan kontroversi yang dihadapi gagal ditangani. "Dalam situasi sekarang, Pakatan Rakyat semakin bergolak dan masalah yang dihadapi mereka bukannya sandiwara, sebaliknya kenyataan bahawa mereka kini diibaratkan sebagai Pakatan Rapuh. "Ini dibuktikan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak serasi dengan Pas dan DAP, manakala Pas pula tidak serasi dengan DAP," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Umno Juara Rakyat Peringkat Umno Bahagian Indera Mahkota di Dewan MPK Balok, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof dan Timbalan Ketua bahagian, Datuk Shaharuddin Shamsuddin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas krisis politik parti pembangkang terutama di Pulau Pinang. Khamis lalu, Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Sehubungan itu, Ahmad berkata, Umno berharap pemimpin dan ahli pakatan itu yang hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka supaya menyertai BN. "Sila tinggalkan PR kerana kita membuka seluas-luasnya pintu kepada mereka untuk bersama BN," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bahawa krisis yang berlaku membabitkan kepimpinan parti pembangkang itu bukan disebabkan oleh Umno atau BN. Sebaliknya, katanya, ia berlaku disebabkan barisan kepimpinan yang tidak sehaluan dalam pelbagai perkara

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:12 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

4 comments for 'BN sentiasa buka pintu'

  1. Datuk, diharapkan UMNO lebih berhati hati dalam menerima puak puak yang tidak sekongkol dgn Pakatan Rapuh kerana kita tidak mahu orang orang seperti contoh, Zaid Ibrahim kembali ke pangkuan UMNO walau apa jua cara kerana perbuatan semacam ini tidak elok dan tak baik buat UMNO.

    Kita boleh membantu YB YB yg keluar dari Pakatan dengan cara lain. Mereka boleh berada dalam parti Bebas tetapi warga UMNO/BN boleh seiring jalan membantu rakyat kawasan mereka.

    Ramai dikalangan YB YB dari UMNO tidak banyak turun padang malah ada blog/facebook pun jarang nak update. Contoh, lebih mengeciwakan YB YB dari Pahang (sebelah suami), kalau nak cakap faktor usia entahlah tetapi tak banyak pembaharuan yang dijalankan di sana se mcm hidup segan mati tak nak. Cakap nak dahulukan rakyat, tetapi YB YB tak buat kerja mcmana? blog pembangkang kian xtive mencari setiap kelemahan disana dan tiada pula pihak yang menyedarinya setiap kelemahan sekali sekala tu elok juga YB YB kita ni kerap menjengok masuk puak blog pakatan sekurang kurangnya kita tidak terlepas pandang. Nak harapkan pemimpin tertinggi mcm Datuk ni susah jugak kerana orang orang bawahan ini mcm la baru 1st timer jadi YB/Adun, mcm bateri belum dicas, kena tegur barulah nak bergerak atau tunggu PRU13 baru nak tunjuk rajin.

    Satu lagi, masa Juara Rakyat di hulu sgor, saya ada menegur YB
    Sharizat tentang Wanita UMNO Penang (sebelah saya) yg semakin "pupus". Pada pendapat saya orang UMNO "lemak berkrim" (UMNO Barat Daya Penang) kalau nak team up- berkumpul atau nak buat kerja kena bagi itu ini atau dipendekkan cerita rombongan cik kiah. Sekarang ini YB YB di Penang, patut bergiat cergas ambil hati rakyat Penang, cepat cepat turun padang seminggu sekali buat xtiviti riadah, sukanika, ceramah, update ahli ahli terus daftar sebagai pengundi. Masa uncle saya jadi YB (retired 4 tahun dulu kerana sakit) berganding dengan YB Dr Hilmi/YB Syed mmg xtive UMNO kawasan, tetapi ada pulak puak puak pemuda yg "gila" kuasa berangan, datang mesyuarat tahu nak makan, tak de makan minta duit nak makan di restaurant buat kerja susah mcm nak bangun tidur waktu pagi. Kaum wanita juga yang bergerak buat kerja. Sekarang gigit jari bila PKR/PAS pegang kawasan.

    Harap Yb boleh pantau atau updatekan kes kes mcm ini pada majis tertinggi. Kadang tu celaru otak tak tahu nak luah perasaan di mana. Datuk YB muda ada energy so maaf lah kiranya Datuk jadi mangsa tempat mengadu, kalau buat Aduan Rakyat TV3 takut malu pula YB YB ni, tp salute buat Datuk kerana prihatin dan bakal pelapis dlm UMNO.

  2. salam YB Dato,...marhaen UMNO yang dah tarik hand brek ini kembali bersuara setelah sekian lama,kerana...UMNO hari ini dato,...sesungguhnya saya ini diibaratkan parang tumpul yang UMNO sudah tidak gunakan lagi,mungkin kerana sumbing atau dah berkarat biar pun pada suatu ketika pernah digunapakai menebas,menebang serta mencantas ranting dan dahan pembangkang....tetapi pada bila menerima jemputan dari dato ke ILMU pada 22hb hingga 24hb.....saya telah didepang dan diasah bukan saja pada mata malahan dibelakang parang jua dengan batu waja sehinggakan kini lebih bersinar,tajam serta berkilat bersih...maka parang ini bila tersilap sentuh pasti akan tersiat kulitnya.

    Sebagai marhaen UMNO yang lama terpinggir,hari ini telah dibuktikan bahawa setiap hari pasti ada puak-puak pembangkang yang rebah dikaki UMNO,Apabila kebenaran dapat difahami maka yang batil dengan sendirinya berkubur.

    Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada dato kerana berjaya melaksanakan tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan cemerlang,terjemahan dato berkaitan JUARA RAKYAT menjadi aspirasi akar umbi rakyat jelata lebih memahami arah tuju perjuangan UMNO sejak dulu hingga kini.

    Terimakasih dan Tahniah YB Dato,
    UMNO JUARA RAKYAT.

  3. Kenapa tak ada posting baru??

  4. ir.Malaysian 2020 said...
    Saya rasa pemimpin2 UMNO mesti dibawa balik mempelajari SEJARAH TANAH MELAYU,MALAYA dan Malaysia moden,dari tempoh 1 Masihi-1000Masihi
    dari 1000 Masihi hingga 1400 Masihi (632AD- 1000AD,1000AD-1400AD,1400-1957,1957-2008).....

    Selepas program diUlu Selangor ni,bawalah 63500 orang kuat orang kuat UMNO ke-MELAKA(ada beberapa muzium di-situ).JANGAN SPONSOR mereka!!
    BIAR MEREKA BERKORBAN demi UGAMA,BANGSA dan Tanah air,macam semangat tahun 1946-1955...!!!
    HANYA TENTUkan KEHADIRAN WAJIB...!!!Kalau tak jangan jadi AJK,Ketua Cawangan,Ketua Bahgian dsb
    Dengar kata DS Najib akan ke Melaka pd 14hb Januari ni,jadi inilah masa yg SESUAI.....UMNO BERSAMA RAKYAT.....Just DO IT..!

    January 7, 2010 2:06 PM

    ------------------------------------------------
    Posting diatas telah menjanakan kehadiran lebih 50000 orang(saperti yang dilaporkan dlm akhbar)
    diprogram diMelaka baru2 ini...
    Beginilah kalau nak menyemarakkan kembali makna
    PERJUANGAN UMNO dalam ertikata sebenarnya....
    Selanjutnya kalau program di-Johor kelak,expose
    kan kepada 65000 pemimpin2 UMNO ni kpd sejarah KeSultanan Johor,bermula 1511 hingga skrg 2010,
    Sultan Johor yang ke-25...sekiranya program di adakan di Johor Baru,Jemput ahli2 UMNO Singapura
    untuk berbicara "apa rasa-nya kalau orang Melayu
    atau UMNO"---TIADA MEMPUNYAI KUASA....!!!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]