UMNO sasar 4 juta ahli menjelang pilihan raya

JERLUN 5 Feb. - UMNO menyasarkan keahlian kira-kira empat juta orang menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehubungan itu semua sayap dan bahagian UMNO di seluruh negara perlu lebih agresif menambah keahlian baru supaya sasaran itu menjadi kenyataan.
"Kita juga akan menggunakan landasan yang lebih luas meliputi Barisan Nasional (BN). Maknanya bukan parti UMNO sahaja tetapi melibatkan parti-parti komponen BN lain," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program UMNO Pilihanku sempena Kempen Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih Pergerakan Pemuda UMNO di Simpang Empat Kerpan, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Mohd. Shafie yang juga merupakan Pengerusi Biro Penambahan Ahli UMNO berkata, beberapa negeri seperti Kedah perlu melakukan gerakan yang lebih meluas bagi menambah ahli dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:24 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO sasar 4 juta ahli menjelang pilihan raya

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]