BTN anjur 500 seminar gagasan 1 Malaysia


SAMARAHAN 13 Feb. - Biro Tata Negara (BTN) akan menganjurkan 500 Seminar Gagasan 1Malaysia di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, seminar itu akan membabitkan penglibatan pelbagai kumpulan sasar seperti pelajar, pegawai kerajaan dan pekerja kilang.
Beliau berkata, penerangan mengenai gagasan 1Malaysia akan disampaikan oleh penceramah serta pemimpin tempatan berpandukan modul yang ringkas.
''Seminar Gagasan 1Malaysia akan diadakan mengikut kesesuaian tempat dan ia dibuat dalam tiga sesi iaitu pada sebelah pagi, petang atau malam.
''Kita percaya dengan cara ini, hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat rakyat negara ini dari semua lapisan termasuk peringkat bawahan memahami maksud gagasan 1Malaysia akan tercapai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Gagasan 1Malaysia yang berlangsung di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini hari ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:35 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BTN anjur 500 seminar gagasan 1 Malaysia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]