Lihat sendiri masalah peneroka
7:32 PM
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kakitangan dan pegawai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) supaya 'turun ke bawah' bagi melihat sendiri segala permasalahan yang dialami oleh peneroka.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan melihat permasalahan terbabit secara lebih dekat, para petugas akan lebih mudah memikirkan pendekatan proaktif bagi menyelesaikannya.
"Ini adalah titik sentuhan yang perlu dilakukan bagi membolehkan apa yang kita hendak laksanakan memberikan kesan yang diharap-harapkan.
"Pendekatan turun ke bawah juga akan memudahkan kita mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.
Beliau berucap pada majlis Perhimpunan Bersama Petugas Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor; Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Sdn. Bhd., Datuk Bakkee Saleh.
Muhyiddin juga berharap Felda mengambil pendekatan kreatif dan inovatif bagi membolehkan hasil perladangan dan produk yang dikeluarkan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
"Felda perlu lebih peka dengan perubahan dari segi permintaan hasil dan produk yang berlaku di peringkat antarabangsa dan kaedah-kaedah baru promosi barangan.
"Ia perlu sentiasa terkehadapan dalam menghadapi persaingan yang lebih sengit dan perubahan drastik yang berlaku sekarang.
"Felda juga harus mampu bertindak secepat mungkin supaya tidak terbawa atau dibawa oleh arus yang mungkin tidak dapat meletakkan kita pada arah tuju yang dikehendaki,'' katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap mutu pendidikan yang ditawarkan di sekolah-sekolah di tanah rancangan Felda adalah lebih baik berbanding di kawasan lain.
"Saya yakin ini boleh dilakukan kerana sekolah-sekolah terbabit turut mendapat sokongan daripada pihak Felda,'' ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 7:32 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0